Berita Palsu Ancam Kestabilan Politik – Najib – Channel W

Berita Palsu Ancam Kestabilan Politik – Najib

Kerajaan akan mengkaji untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran berita palsu di media sosial berikutan kesannya yang membimbangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan tidak bermoral itu boleh mengancam kestabilan politik dan ketenteraman awam.

Rakyat boleh terpesong seperti membenci kerajaan dan merusuh hanya kerana terpedaya dengan berita palsu.

“Kita tidak mahu berita palsu ini tersebar luas. Ini bukan bererti kita kawal internet, internet bebas lagi tetapi kebebasan itu mestilah ada dengan unsur kebertanggungjawaban,”

Beliau mengulas keputusan Perdana Menteri Britain, Theresa May yang mahu menubuhkan sebuah unit baharu bagi meningkatkan usaha menangani penyebaran berita palsu dan menghalang kempen penyaluran maklumat tidak betul oleh negara lain.

Sebelum ini, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mahu memperkenalkan satu undang-undang baharu yang mengharamkan berita palsu di internet ketika kempen pilihan raya negara itu berlangsung.

Dalam pada itu, Najib berkata berita palsu akan turut menjejaskan keharmonian pilihan raya umum seperti yang berlaku sebelum ini.

Katanya, Barisan Nasional (BN) menjadi mangsa kepada berita palsu dan fitnah termasuk kononnya membawa 40,000 pengundi warga Bangladesh, yang disebar pada hari pengundian.

Najib turut mengimbau kembali tragedi 2013 di mana BN juga pernah menjadi mangsa kepada serangan berita palsu kononnya ‘black out’, pada siang hari.

“Kita tutup peti undi pada pukul 5 dan 5.30 (petang), masih cerah lagi, masih boleh kira lagi…counting agent pembangkang pun ada kat situ, jadi sistem kita tidak boleh nak tipu sebenarnya,” 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans