Bintang Ed Sheeran semakin gemilang – Channel W

Bintang Ed Sheeran semakin gemilang

Ed Sheeran penyanyi dari Britain ini nampaknya semakin menyerlah bintangnya apabila menang besar pada anugerah berprestij Billboard Music Awards – BBMAs, 2018 yang berlangsung di MGM Grand, Las Vegas, Amerika Syarikat.

Antara anugerah yang dimenangi Artis Paling Top, Sheeran mengetepikan beberapa nama besar seperti Bruno Mars, Drake, Kendrick Lamar, dan Taylor Swift.

Selain anugerah itu Sheeran juga membawa pulang lima lagi  anugerah Artis Lelaki Top, Artis Lagu Radio Top, Artis Hot 100 Top, Lagu Radio Top serta Artis Penjualan Lagu Top.

Sheeran bersaing rapat adalah penyanyi rap Kendrick Lamar yang memenangi enam kategori dan Bruno Mars yang turut membawa pulang lima trofi pada majlis anugerah gilang-gemilang itu.

Dalam majlis yang sama kumpulan Kpop terkenal BTS turut memenangi kategori Top Social Artist buat kali kedua. BTS juga mencipta sejarah tersendiri sebagai artis Kpop pertama yang membuat persembahan di majlis berprestij itu.

Janet Jackson muncul membuat persembahan sebagai  kejutan dimajlis berprestij itu.

Beliau  turut menerima Anugerah Ikon selepas membabitkan diri dalam bidang ini hampir 4o tahun lalu.

Billboard Music Awards dihoskan penyanyi Kelly Clarkson dan antara artis yang turut membuat persembahan adalah Christina Aguilera, Demi Lovato, Ed Sheeran dan Arian Grande.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans