Blogger, Pengguna Media Sosial Harus Lebih Bertanggungjawab – Salleh – Channel W

Blogger, Pengguna Media Sosial Harus Lebih Bertanggungjawab – Salleh

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan bertindak untuk kembalikan keadaan sewajarnya dalam penggunaan internet jika blogger dan pengguna media sosial gagal bertanggungjawab.

“Jangan dibiarkan sehingga sampai ke tahap yang tindakan perlu diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan internet dan media sosial,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Dalam hal ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin akan diminta memantau media sosial.

“Lagipun, jika anda cukup terpelajar untuk menggunakan media sosial, maka anda harus cukup terdidik untuk membezakan antara yang benar dan salah,” kata Salleh dalam catatan di blog beliau, sskeruak.blogspot.my.

Beliau berkata sejak kebelakangan ini, blogger dan pengguna media sosial bertindak melulu dalam membuat paparan di internet.

“Ia semakin meningkat mungkin disebabkan pilihan raya umum yang bakal menjelma dan sentimen semakin tinggi. Kita tidak boleh membiarkan perasaan dan sentimen menjejaskan keamanan, keharmonian dan kestabilan Malaysia,” katanya.

Salleh berkata meskipun terdapat undang-undang yang mengawal penyalahgunaan media sosial seperti penerbitan berita palsu, hasutan, fitnah dan sebagainya, blogger dan pengguna media sosial harus bertanggungjawab untuk mengamalkan penapisan sendiri.

“Kenapa perlu tunggu sehingga kerajaan bertindak ke atas mereka yang menyalahgunakan internet? Rakyat Malaysia tahu apa yang boleh diterima oleh masyarakat dan apa yang menyinggung perasaan,” katanya

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans