PRU14: BN Melangkah Bergaya – Channel W

PRU14: BN Melangkah Bergaya

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan bagi penggal ke-10, berhadapan tentangan calon PKR Mohamad Zahid Mat Arip, wakil PAS Kapten (B) Ahiatudin Daud dan calon Bebas Datuk Kadir Saiinudin pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Mohamad Zahid ialah anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang juga merupakan cucu bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Ahiatudin ialah Naib Yang Dipertua PAS Pekan sementara Kadir adalah seorang kontraktor dari Johor.

Pertandingan empat penjuru itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md Yusli Ibrahim Mohd Yunus pada 11.35 pagi.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), sebelum itu mengemukakan borang pencalonannya di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah pada 9 pagi bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976.

Terdahulu, Najib tiba di bangunan UMNO Bahagian Pekan bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada 8.35 pagi dan diarak oleh kepimpinan UMNO Bahagian, didahului empat calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu.

Di Bagan Datuk pula mempertaruhkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Hamidi tiba di Teedo Resort di sini bagi menyertai kira-kira 5, 000 penyokong Barisan Nasional (BN) ke pusat penamaan calon PRU14 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk.

Timbalan Perdana Menteri tiba pada pukul 7.50 pagi dengan disambut pukulan kompang dan tabla di lokasi penyokong BN berkumpul sejak pukul 6 pagi.


Ahmad Zahid yang berbaju Melayu warna biru tua diiringi isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis; calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan calon BN DUN Hutan Melintang, Datuk Khairudin Tarmizi.

Berucap di hadapan penyokongnya, Ahmad Zahid berkata, sambutan hebat yang diterimanya membuktikan perpaduan dalam BN dan jentera parti itu semakin mantap dan utuh.

“Alhamdulilah saya, Khairudin dan Shahrul Zaman amat bersyukur dengan sokongan ini.

“Marilah kita sama-sama memohon pada Allah agar usaha kita di Bagan Datuk akan dapat restu dan dokongannya kerana apa yang ingin ketiga-tiga kami bawa semuanya untuk rakyat, anak dan pengundi Bagan Datuk,” katanya

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans