BN Naikkan Bantuan Khas Pesawah Jika Menang PRU14 – PM Najib – Channel W

BN Naikkan Bantuan Khas Pesawah Jika Menang PRU14 – PM Najib

JERLUN – Pesawah-pesawah di seluruh negara bakal menerima berita gembira apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengumumkan kenaikan bantuan khas pesawah jika Barisan Nasional terus diberi mandat mentadbir negara ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Najib berkata beliau akan terus membuat pengumuman itu pada malam kemenangan Barisan Nasional bagi menghargai sokongan penuh golongan berkenaan kepada kerajaan sedia ada.

“Seandainya kerajaan Barisan Nasional diberikan sokongan sepenuhnya dalam pilihan raya umum akan datang, malam kemenangan itu, saya umum kenaikan khas kepada pesawah padi. Malam itu juga saya akan umum kepada pesawah.”

“Terpulanglah kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk membuat keputusan bijak, hang pa kerja baik-baik, akan ada rezeki tambahan,” katanya ketika berucap melancarkan bantuan khas pesawah peringkat kebangsaan di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Korok, Alor Biak di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Anggota Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans