Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memaklumkan keputusan meninggalkan BN itu diputuskan sebulat suara oleh empat parti komponen BN Sarawak.

Ia melibatkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi BN Sarawak.