PRU14: BN Yakin Mampu Rampas Shah Alam – Azhari – Channel W

PRU14: BN Yakin Mampu Rampas Shah Alam – Azhari

BN yakin mampu menang di Parlimen Shah Alam berikutan kejayaan
yang dicipta untuk rakyat di parlimen tersebut.

Menurut calon BN Shah Alam, Datuk Azhari Shaari dengan beliau cukup yakin
untuk menang di parlimen Shah Alam meskipun bertembung dengan calon
daripada PAN, Khalid Samad.

“Selama dia berkhidmat sebagai ahli parlimen di Shah Alam selama 10 tahun,
dia tak pernah memberikan apa-apa servis pada kita di Shah Alam. tiada
sebarang naik taraf,pembangunan,derma surau, dan benda-benda lain lagi.

“Cuma yang rakyat betul-betul lihat, dia menggunakan ceramah agama untuk
menyampaikan ajaran politik dia, jadi rakyat dah nampak dan mereka boleh
menilai.

“Yang pasti rekod kita lebih baik, kita sedang tubuhkan LRT3, dah mansuhkan
tol, ini antara kejayaan kita untuk rakyat di Shah Alam,” katanya.

Keadaan itu jepas Azhari lagi nyata memberi kelebihan kepada BN untuk
merampas kedudukan daripada Khalid setelah berkhidmat selama dua penggal di
parlimen itu.

Mengulas lanjut tentang momentum BN di Shah Alam, jelas Azhari ia diterima
baik setakat ini oleh pengundi di parlimen itu setelah mereka sendiri
melihat Khalid sebagai ahli parlimen yang tidak konsisten serta tidak ada
pendirian dalam banyak perkara.

“Kali ini undi berbagai corak. dulu PAS sekarang ini PAN. tekanan lebih
memang pada Khalid sendiri.dia menggadaikan kepercayaan rakyat dengan
menyertai PAN dan bertanding atas lambang PKR.

“Jadi melihat kepada perkara sebegini momentum BN kali ini lebih baik dan
yakin akan dapat kita ambil semula kerusi Shah Alam dari Khalid Samad,”
tegasnya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans