Barisan Nasional (BN) Kinabatangan yakin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau dan Kuamut pada pilihan raya akan datang.
Pengerusi BN Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ini berdasarkan solidariti kalangan parti komponen yang jitu di kawasan itu.
Beliau berkata solidariti itu hasil perpaduan dan saling memahami antara parti komponen BN Kinabatangan membabitkan UMNO, Parti Bersatu Sabah dan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).
Jelas beliau, solidariti ini penting bukan sahaja semasa pilihan raya tapi selepas itu juga dan perlu sentiasa bergabung antara satu sama lain.
Copyright © 2018 Online Dynamics (M) Sdn Bhd
You must be logged in to post a comment Login