BNM sahkan beberapa pegawainya bercuti – Channel W

BNM sahkan beberapa pegawainya bercuti

BANK Negara Malaysia – BNM, mengesahkan beberapa pegawainya yang terbabit dalam dakwaan pembelian sebidang tanah bernilai RM2 bilion pada Januari lalu sudah memilih untuk bercuti.

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata, pada Ogos 2018, bank pusatitu memaklumkan satu penilaian semula pembelian tanah Lot 41 oleh penilai bebas.

“Penilaian berkenaan masih berjalan. Bagi memastikan penilaian dalaman ini berjalan dengan lancar, beberapa pegawai BNM yang berkenaan memilih untuk bercuti sehingga penilaian selesai,” katanya.

Pada Jun lalu, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim meletakkan jawatan susulan daripada kontroversi itu.

Bagaimanapun, beliau dalam kenyataannya ketika itu menjelaskan setiap keputusan yang dibuat sepanjang kepemimpinannya adalah berdasarkan profesionalisme, maruah dan integriti yang tinggi.

Beliau diganti oleh Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Pada 4 Januari lalu, BNM dilaporkan membeli sebidang tanah berkeluasan 22.5 hektar daripada kerajaan bernilai RM2 bilion.

Tanah itu dirancang untuk dibangunkan sebagai sebuah hab pendidikan kewangan terdiri daripada penempatan semula Universiti Kewangan Islam Global – INCEIF dan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam – ISRA, selain pembangunan kemudahan latihan serta pendidikan masa depan.

Pembelian berkenaan dibuat tidak lama selepas 1MDB pada 27 Disember lalu mengumumkan ia sudah membuat bayaran akhir AS$600 juta kepada International Petroleum Investment Co – IPIC, sebelum tarikh akhir 31 Disember 2017.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans