BR1M 2018: Rayuan Pemohon Gagal Dibuka 2 April – 31 Mei – Channel W

BR1M 2018: Rayuan Pemohon Gagal Dibuka 2 April – 31 Mei

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memaklumkan rayuan bagi pemohon yang gagal menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2018 dibuka bermula 2 April hingga 31 Mei depan.

Menerusi laman Twitter rasmi beliau, Najib berkata rayuan boleh dikemukakan di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang terdekat.

Beliau berkata pemohon juga boleh menyemak status mereka dan mendapatkan maklumat lanjut menerusi portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Kira-kira 7.2 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan mula menerima BR1M 2018 secara berperingkat mulai 26 Februari yang lalu.

Peringkat kedua bayaran pula pada Jun manakala peringkat ketiga pada Ogos depan dengan peruntukkan sebanyak RM6.8 bilion.

Bagi tahun ini, penerima akan terus menikmati pemberian BR1M, dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans