‘Para media sosial tak layak nak bincang dengan menteri’-Mujahid – Channel W

‘Para media sosial tak layak nak bincang dengan menteri’-Mujahid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kesal dengan sikap segelintir agamawan yang terus menghentam beliau berhubung isu khalwat.

Menurut Mujahid, golongan tersebut sepatutnya mendapatkan penjelasan beliau mengenai isu tersebut terlebih dahulu.

“Yang cakap di media sosial saya tak hairan, bukan tahap kita nak bincang dengan mereka tapi ada yang cakap tahap agamawannya yang dihormati masyarakat. Paling tidak ambillah satu sikap, biar minta penjelasan daripada menteri dulu.

“Kalaulah kita hormat dia… kalau kita tak hormat dia memang dari awal lagi tanya saja belasahlah,” katanya di Persidangan Meja Bulat: Falsafah dan Tatacara Hukuman Jenayah Syariah Dalam Mencapai Matlamat Rahmatan lil Alamin, Isnin.

Terdahulu Mujahid dalam kenyataannya berkata tiada lagi ketukan pintu di waktu tengah malam oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain.

Sebaliknya menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu tertutup bukanlah urusan pihak kerajaan.

“Katakan anda melakukan sesuatu dalam ruang peribadi anda, saya tidak akan campur tangan.

“Sebagai contoh, pengambilan alkohol adalah satu kesalahan bagi seorang Muslim, tetapi jika anda melakukan perbuatan itu di dalam kawasan anda, maka sebagai sebahagian daripada kerajaan, saya tidak akan campur tangan,” ujarnya.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans