Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pemimpin yang tidak terpilih tidak perlu merajuk apalagi mensabotaj calon-calon yang dipilih, sebaliknya mereka perlu berjuang bersama-sama bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

“Buktikan walak kita dengan menghormati keputusan pucuk pimpinan, mungkin kali ini bukan kita terpilih tetapi kawan kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis santai dan ramah mesra bersama veteran UMNO Bahagian Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak Naka di sini hari ini.