Bunyi kuat di Ipoh bukan gempa bumi – Channel W

Bunyi kuat di Ipoh bukan gempa bumi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) menafikan gegaran dan dentuman kuat yang berlaku di sekitar Ipoh dan daerah berdekatan berpunca daripada gempa bumi.

Ketua Pengarahnya Alui Bahari ketika dihubungi memaklumkan tiada amaran gempa bumi dikesan melalui alat pengesanan gegaran gempa.

“Kami turut menerima maklumat awam mengenai gegaran itu, namun buat masa ini tiada gempa bumi dikesan menjadi punca kepada gegaran itu di Perak.”

Sementara itu, Komandan Akademi Tentera Udara (ATU) Kolonel Abdul Nazar Abdul Hamid ketika dihubungi menafikan dentuman dan gegaran berkenaan berpunca daripada aktiviti latihan pasukan terbabit.

Katanya, beliau sudah menyemak dengan pegawainya dan memaklumkan tiada sebarang aktiviti latihan menggunakan bahan letupan dijalankan pasukan itu.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans