Calon Bertanding PRU14 Perlu Jalani Pemeriksaan Kesihatan – Channel W

Calon Bertanding PRU14 Perlu Jalani Pemeriksaan Kesihatan

Kementerian Kesihatan menasihatkan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) supaya mengambil inisiatif menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan berada tahap dalam keadaan terbaik untuk menjalankan tanggungjawab.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata saranan itu sejajar dengan tugas dan tanggungjawab seorang calon wakil rakyat yang akan sibuk dengan pelbagai komitmen dan jemputan yang perlu dipenuhi.

Beliau berkata saranan ini untuk memastikan semua pemimpin berada pada tahap kesihatan yang baik, namun untuk bertindak adalah keputusan individu itu sendiri.

Calon-calon juga perlu tahu mengenai tahap kesihatan mereka sama ada membenarkan untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik atau sebaliknya.

Beliau yang juga Presiden MIC berkata demikian selepas merasmikan pembukaan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT) Rembia yang baharu hari ini.

Pembukaan sekolah baharu itu membabitkan pemindahan seramai 120 murid Tahun Satu hingga Enam yang sebelum ini menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Rembia.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans