Cameron Highlands kini lebih sejuk daripada dahulu! – Channel W

Cameron Highlands kini lebih sejuk daripada dahulu!

Mungkin tidak ramai yang menyangka, bahawa hasil perubahan cuaca 2 tahun kebelakang ini, suhu kawasan pelancongan tanah tinggi Cameron Highlans  semakin sejuk berbanding sebelum ini.

Malah pada jam 5.00 pagi, suhu di kawasan tanah tinggi itu sering turun hingga 8 darjah celcius.  Jika anda tidak percaya mungkin sudah masanya anda berkunjung ke kawasan tanah tinggi itu dalam waktu terdekat untuk merasai kesejukkan yang mengigilkan anda ditengah malam jika tidak berselimut tebal.

Tidak hairanlah, kebanyakkan pelancong yang mengunjungi kawasan tanah tinggi itu pasti akan mengunjungi steamboat Cameron Highlands bagi mengimbangi rasa sejuk.  Jika anda ke Tanah Rata pasti anda dapat menyaksikan dihadapan sebuah hotel De La Fern terdapat sebuah restoran Steamboat Glory 78. 

Dalam suasana suhu malam yang sejuk dan dapat menikmati hidangan steamboat tentunya amat menyelerakan.  Tambahan pula, sayur-sayuran yang dipilih juga amat segar dipetik terus dari ladang, sudah tentu hidangan sebegitu menjadi keistimewaan dan satu daripada keunikkan di Cameron Highlands.

Sebagai pengusaha terawal Seamboat di Cameron Highlands, Dato Kanatazan amat bangga steamboat menjadi makanan kemestian apabila pengunjung datang ke Cameron Highlands.  Selain strawberry, jagung madu, sayur kobis menjadi tumpuan pelancong, kini steamboat menjadi pilihan kerana suhu Cameron Highlands yang semakin sejuk.

“Sekurang-kurangnya kejadian fenomena baharu ini memberi penambahan rezeki bagi penduduk tempatan kerana pelancong semakin mengemari steamboat Cameron Highlands,” guraunya ketika ditemuramah dalam program Studio Malam, Channel W, 10.00 malam, pada Isnin.

Walaupun suhu sejuk diwaktu malam, disebelah siang suhunya masih nyaman dan pengunjung masih boleh menikmati minuman smoothie berperisan strawberry.  Ia juga minuman kegemaran pelancong ketika ini apabila berkunjung selain memetik straberry daripada pokoknya untuk dimakan terus bersama keluarga di kebun strawberry.

    

 

Image may contain: 1 person, table, food and indoor

Royal berry satu daripada lokasi yang membolehkan pelancong memetik strawberry dan boleh dicelup dengan coklat. Ketika ini strawerry coklat juga mejadi kegemaran di Cameron Highlands.

  

Satu lagi industri pelancongan yang dekat dihati pelancong adalah bunga. Maka tidak hairanlah kebun bunga semakin bertambah di tanah tinggi itu.  Jumlah ekpsort bunga Cameron Highlands juga semakin meningkat setiap tahun mengikut hari sambutan istimewa seperti Hari ibubapa, kekasih dan hari lahir juga lain-lain tujuan keraian.

  

Jadi jangan tunggu lama, habiskan hujung minggu anda di Cameron Highlands bersama keluarga tercinta dan orang tersayang.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans