Carrick Akui Hadapi Tekanan – Channel W

Carrick Akui Hadapi Tekanan

MANCHESTER UNITED – Michael Carrick meminta Persatuan Bola Sepak England (FA) tidak memilih namanya dalam skuad kebangsaan.

Pemain berusia 36 tahun itu tampil menyarung jersi England sejak 2001 dan merakam 34 kap antarabangsa dan kali terkahir pad atahun 2015 di Sepanyol.

Pemain tengah Manchester United ini mengakui aksi Piala Dunia terakhir di Afrika Selatan pada tahun 2010 memberi kesan mendalam kepadanya.

“Saya telah berada dalam tempoh lama dalam skuad kebangsaan.

“Secara jujurnya saya berdepan dengan saat sukar dalam pasukan England. Saya tidak kisah jika bersama United ketika aksi pra musim, tetapi dengan England, ia hampir memberi tekanan.

“Ia memang membuatkan saya kecewa, jadi selepas di Afrika Selatan saya terfikir untuk tidak terlibat lagi.

“Orang sentiasa akan berkata kekalkan diri anda dan bersyukur dan saya faham posisi yang saya berda…tetapi saya menyedari bahawa ianya sukar dan tidak boleh menghadapinya lagi.

“Saya berasa terpinggir…ya ketika itu dalam keadaan tertekan. Saya beritahu kepada FA. ‘Lihat, tolong jangan pilih saya,'”.

Carrick telah merangkul lima gelaran Liga Perdana, medal Liga Juara-Juara dan pelbagai trofi sepanjang 12 tahun di Old Trafford dan bakal bersara penghujung musim ini.

Dia dijangka akan menyertai barisan kejurulatihan kelab itu.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans