CCF sedia kaedah alternatif rawat penyakit kronik – Channel W

CCF sedia kaedah alternatif rawat penyakit kronik

Bagi membolehkan individu yang kurang bernasib baik dan tidak berkemampuan untuk menjalani kehidupan yang sihat dan aktif, Yayasan Compassionate Care (CCF) menyediakan rawatan alternatif kepada mereka untuk menangani penyakit kronik yang dialami.

Dengan menggunakan kaedah terapi hidrogen Hi-Bliss, ia mampu menyembuhkan penyakit seperti buah pinggang, kencing manis, penyakit kulit dan luka.

Menurut Pengarahnya Daena Chan, ia merupakan rawatan alternatif semulajadi yang selamat, bebas dari ubat dan tidak invasif  kepada mereka yang memerlukan pemyelesaian kepada masalah kesihatan dan kesakitan mereka.

“Ia sudah menjadi matlamat kami untuk memberi peluang mennjalani rawatan bersubsidi kepada individu yang kurang bernasib baik serta tidak berkemampuan tanpa mengira usia dan kedudukan sosial.

“Kami percaya dengan membantu memulihkan kesihatan golongan yang kurang bernasib baik terutamanya yang mengalami kesakitan dan kesihatan  yang kurang baik kami dapat mengurangkan penderitaan fizikal dan memberi kesan positif dan berpanjangan terhadap kehidupan individu yang kurang bernasib baik,” katanya pada Majlis Pelancaran CCF di Damansara, hari ini.

Turut hadir sama Penasihat yayasan tersebut Tan Sri Lee Lam Thye dalam majlis pelancaran itu.

Jelas Lee lagi, rawatan ini adalah antara kaedah yang terbaik untuk masyarakat gunakan selain pergi ke hospital swasta yang menelan belanja tinggi serta hospital kerajaan yang sering mempunyai masalah dari sudut masa.

“Amat wajar memandangkan fokusnya ialah terhadap keprihatinan dan juga bantuan yang dapat diberikan kepada semua lapisan masyarakat tak kira kaum bangsa agama mengenai satu jenis rawatan baru H Bliss Hidrogen terapi.

“Tujuan mewujudkan yayasan ini juga membolehkan penyampaian terapi hi bliss kepada golongan tertentu terutama yg memerlukan satu cara alternatif dalam pemberian rawatan untuk menangani kesakitan atau penyakit organ dalam tubuh badan.

“Jadi saya bangga dengan perlantikan ini supaya dapat menyeru masyarakat serta pihak lain untuk menggunakan rawatan ini sebagai rawatan alternatif,” ujarnya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans