Cenderahati Tembikar Buatan Tangan Khas Perkahwinan Meghan & Harry – Channel W

Cenderahati Tembikar Buatan Tangan Khas Perkahwinan Meghan & Harry

LONDON – Sebuah perusahaan tembikar di Britain kini giat memproses mug perkahwinan Putera Harry dan pasangannya Meghan Markle.

Mug itu dihias dengan teks bertulis “game changers, free spirits, big hearts dan well-suited.”

Harry, cucu kepada Ratu Elizabeth dan Markle, pelakon yang membintangi siri drama Amerika Syarikat, Suits, bakal disatukan di Windsor, barat London, 19 Mei ini.

Kilang seramik Emma Bridgewater di Stoke-on-Trent, terletak di tengah-tengah England, kota yang popular dengan pengeluaran tembikar.

Pekerjanya kini sedang sibuk menyiapkan mug yang dibuat dengan tangan.

Seramai 60 pekerja menggunakan teknik tradisional bagi menghasilkan acuan mug itu.

Jenama itu sudah diperkenalkan lebih 30 tahun lalu sejak dibuka pada 1985.

Sebelum ini, ia pernah menghasilkan mug untuk sambutan jubli intan Ratu Elizabeth dan mug perkahwinan Putera William dan Kate Middleton.

“Di Staffordshire, kami ada tradisi yang meraikan sambutan kebangsaan termasuklah perkahwinan diraja.

“Penghasilan mug kami dapat dilihat sejak zaman Charles II dan kami teruja untuk melihat ia diraikan sempena perkahwinan Harry dan Markle pula,” ujar pengasas jenama dan pereka mug, Emma Bridgewater kepada Reuters.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans