Channel W Wajah Baharu Capital TV dan Mingguan Warta Perdana – Channel W

Channel W Wajah Baharu Capital TV dan Mingguan Warta Perdana

Bermula 3 Januari 2018, Capital TV dikenali sebagai saluran Channel W, yang bakal memaparkan penerbitan berita, isu semasa termasuk politik,  hiburan dan sukan  yang lebih santai ‘secara langsung’.

Jika sebelum ini Capital TV hanya memaparkan penerbitan dunia perniagaan dan ekonomi semasa, kini Channel W menghidangkan isu-isu semasa dan berita terkini lebih padat secara langsung dengan pelbagai segmen khas setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 5.00 petang hingga 11.00 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif, Channel W, Noor Azman Yusof berkata pembaharuan ini sebagai satu langkah untuk menggabungkan akhbar Warta dan Capital TV, yang kini dikenali Channel W.

Bermula Januari 2018, Channel W disiarkan secara langsung melalui platfom TV dan ‘online’,  anda boleh saksikan Channel W di saluran 420 unifi TV dan secara ‘online’ di Youtube melalui http://youtube.com/channelwmy

“Channel W kini menghidangkan lebih banyak program menarik dan memberi info-info terkini kepada masyarakat bukan hanya masyarakat usahawan dan perindustrian serta sektor kewangan malah pelbagai lapisan masyarakat,” tegasnya.

Siaran pada jam 5.00 petang hingga 11.00 malam, dimulakan dengan segmen Buletin Ringkas dan disusuli segmen ‘Inspirasi’ yang memaparkan gaya hidup dan ‘trend’ meliputi fesyen, kecantikan, kesihatan, pemakanan, Do It Yourelf (DIY), seni, hartanah, ‘gadget’, rekreasi dan liburan.

Channel W kemudian akan membawa penonton secara langsung dalam segmen Talking Point yang dikendali dalam Bahasa Inggeris untuk berkongsi pengalaman dengan ahli peniagaan mengenai jatuh bangunnya seorang usahawan. Turut dimuatkan Berita Ekonomi dan perniagaan serta hal ehwal pasaran dan industri.

Segmen ini berhenti seketika dengan Buletin Ringkas dan ‘Talking Point’ disambung dengan laporan terkini khas lintas langsung dari lokasi. Turut dibawakan bersama tetamu khas membicarakan hal teknologi semasa terkini. Apa yang menarik, ada kuiz kepada penonton.

Siaran Channel W disambung dengan Capital News pada pukul 7.00 malam yang membawakan laporan kewangan, perbankan, industri dan ekonomi selama setengah jam dalam Bahasa Inggeris secara langsung.

Pada pukul 8.00 malam, segmen berita utama Fokus Hari ini akan membawakan  berita-berita utama dalam dan luar negara meliputi politik, ekonomi, sosial dan sukan.

Secara langsung juga selepas itu, Channel W membawakan segmen ‘Hangat Hari Ini’, berita terkini dan komentari suasana hangat dunia hiburan dalam dan luar negara. Segmen ini juga membuat liputan aktiviti acara menarik di sekitar ibu negara.

Sejurus selepas itu, segmen Perspektif W pula akan membawakan komentari isu hal ehwal semasa melibatkan pakar dan  profesional yang mewakili bidang atau profesion masing-masing.

Pada pukul 10.00 malam pula segmen Bicara PRU akan membawakan komentari perihal politik negara menjelang PRU14.  Pemimpin-pemimpin politik dan wakil rakyat akan ditemubual secara langsung dalam segmen ini setiap malam hingga menjelang Pilihan Raya Umum 14 (PRU 14).

Segmen ‘Studio Malam’ pula akan menyusul mengakhiri segmen secara langsung sejak pukul 5.00 petang dengan berita semasa tentang gaya hidup dan ‘trend’ meliputi fesyen, kecantikan, kesihatan, pemakanan, DIY, seni, hartanah, ‘gadget’, rekreasi dan hiburan.

Siaran Channel W akan disambung dengan Berita Ringkas dan siaran segmen ulangan secara langsung hingga Channel  W melabuhkan tirai.

Sebelum ini Channel W dikenali sebagai Capital TV dengan motto, Inspirasi, Informasi, Motivasi.

Capital TV ialah satu-satu nya saluran TV di Malaysia khusus untuk perniagaan, ekonomi dan isu-isu semasa. Adalah menjadi matlamat kami bukan sahaja untuk memberikan informasi tetapi juga membawakan program-program yang boleh memberi inspirasi untuk lebih maju dan menjadi motivasi untuk melepasi segala halangan dan cabaran.

Capital TV sudah beroperasi dan keudara sejak 1 November 2011. Ianya dimiliki oleh syarikat media persendirian Online Dynamics (M) Sdn Bhd dan disiarkan dari Pusat Penyiaran di Damansara Perdana, Selangor.

Saluran Capital TV ini boleh didapati melalui unifi TV. unifi TV adalah platform TV-berbayar yang dimiliki oleh Telekom Malaysia. unifi TV dihantar menggunakan gentian optik melalui servis UniFi dan Streamyx. unifi TV mempunyai hiburan bertaraf dunia, rancangan yang memenuhi anugerah. Kebanyakan saluran unifi TV adalah dalam HD penuh.

Capital TV disiarkan secara percuma melalui saluran 420. Setiap pelanggan unifi TV boleh menonton Capital TV tanpa sebarang bayaran tambahan.

Sebagaimana Capital TV, Channel W juga menemui penonton di saluran yang sama menyambung legasi Capital TV yang suda berada didunia penyiaran tempatan sejak 6 tahun lalu.

Kini ia bukan hanya boleh diikuti di saluran 420 unifi TV tetapi juga media sosial seperti Youtube, Facebook dan laman sesawang.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pengurus Perhubungan Awam,  Azmah Dahari, di talian 016-2121320 dan 03-77276554.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans