Chew jadi bapa Ahok selepas One Two Jaga – Channel W

Chew jadi bapa Ahok selepas One Two Jaga

Pelakon Malaysia Chew Kin Wah kini membina nama di Indonesia apabila diberi kepercayaan menggalas watak sebagai bapa bekas gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama dalam filem A Man Called Ahok.

Chew menyifatkan bapa Basuki, Tjoeng Kiem Nam sebagai seorang lelaki yang teramat istimewa.

“Dia orang yang sungguh ‘gila’. Dia tiada wang tetapi masih mahu menolong orang. Dia membeli ubat di farmasi dan kemudian berikan kepada sesiapa yang sakit,” katanya seperti dipetik Liputan 6.

A Man Called Ahok diarahkan Purtrama Tuta dan diadaptasi daripada buku A man called #Ahok: Sepenggal kisah perjuangan & ketulusan, naskhah yang ditulis Rudi Valinka.

Filem itu mengisahkan perjalanan hidup Basuki atau Ahok, 52, dari kecil hingga dilantik sebagai gabenor Jakarta.

Ia juga menceritakan hubungan antara Ahok dan bapanya. Manakala watak Ahok pula dijayakan oleh Daniel Mananta.

Bekas gabenor Jakarta itu dilihat memainkan peranan amat penting dalam masyarakat di Indonesia selain mendapat asuhan daripada bapanya.

Ahok menjawat jawatan sebagai gabenor Jakarta kira-kira empat tahun bermula 19 November 2014.

Menjelaskan lebih lanjut peranan dibawakannya itu, pelakon filem One Two Jaga itu berkata dia bernasib baik kerana tidak perlu berdepan terlalu banyak cabaran sewaktu melalui proses penggambaran.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans