Negara Tanah Besar itu  bagaimanapun enggan mengesahkan telah membina peluru berpandu baharu di pulau buatan manusia di wilayah perairan.

Risikan Amerika Syarikat (AS), memaklumkan tentera China telah membina kemudahan pertahanan anti-kapal dan udara di terumbu karang yang turut dituntut oleh Vietnam dan Filipina.

Jika maklumat tersebut disahkan maka ia bakal mencetuskan ketegangan baharu antara negara-negara yang bersempadan dengan rantau perairan strategik itu.

Kementerian Luar China, Hua Chunying melalui Jurucakapnya enggan mengesahkan atau menafikan tentang pembinaan tersebut.