‘Come on’ Guan Eng dah jadi kerajaan kena sedia dikritik #hatitisu-UMNO – Channel W

‘Come on’ Guan Eng dah jadi kerajaan kena sedia dikritik #hatitisu-UMNO

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam telah menyekat (block) akaun Twitter Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki daripada mengikuti perkembangan di laman sosial Twitternya.

Ini kerana Asyraf sebelum ini sering melontarkan kritikan tentang langkah yang kerajaan lakukan sehingga kritikan tersebut mendapat sokongan daripada rakyat.

Sambil menyifatkan Menteri tersebut berhati ’tisu’ Asyraf berkata Guan Eng merupakan salah seorang menteri yang sudah menjadi pentadbir kerajaan namun belum bersedia menerima kritikan daripada mana-mana pihak.

“Tak sangka rupanya Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng ini berhati tisu juga. Dulu waktu jadi Pembangkang banyak mengkritik, tapi dah jadi kerajaan tidak bersedia untuk dikritik.

“Baru beberapa kali saya lontarkan kritikan terus di ‘block’ akaun Twitter saya.

“Come On Guan Eng, sudah jadi kerajaan kena bersedia juga dikritik,” katanya.

Asyraf telah memuat naik posting tersebut pada 5.47 petang semalam di laman sosial Instagramnya, dengan mendapat 6,560 like serta 766 komen daripada netizen.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans