Contohi Sifat Anjing Yang Setia Berkhidmat Kepada Tuannya – Channel W

Contohi Sifat Anjing Yang Setia Berkhidmat Kepada Tuannya

Setiap kali menjelang perayaan Tahun Baru Cina, masyarakat Tionghua akan mula membersihkan rumah dengan sempurna untuk menyapu keluar nasib malang, namun penyapu akan disembunyikan pada Hari Tahun Baru untuk mengelakkan daripada tersapu nasib baik yang dibawa bersama kedatangan tahun baru.

Pada malam Tahun Baru Cina pula, adat makan besar atau ‘Reunion Dinner’ cukup sinonim dengan sambutan perayaan masyarakat berbangsa Tionghua ini.

Malah, adat makan besar menjelang Tahun Baru ini telah diamalkan sejak dahulu lagi dan ia merupakan aktiviti penting masyarakat cina ketika perayaan Tahun Baru Cina.

Adat wajib ini juga memberi simbol permulaan yang baik untuk tahun yang mendatang, selain memberi peluang kepada seluruh keluarga merapatkan hubungan dan saling bertanya khabar.

Bagi Hanif Tan Yun Khim, seorang perunding dalam industri minyak dan gas, walaupun telah menganut agama Islam selama 28 tahun, sambutan Tahun Baru Cina bagi dirinya dan keluarga tetap meriah setiap tahun.

“Tiada perbezaan kurang atau lebih bagi setiap tahun dari segi persiapan, hiasan dan kebersihan rumah. Rumah akan dibersihkan dan dihias cantik dengan hiasan2 yg berwarna merah,” kata Hanif yang telah berkahwin dengan Siti Rahayu Othman dan mempunyai dua orang anak.

Sambutan Tahun Baru Cina keluarga Hanif pada tahun 2017 – Foto Facebook Siti Rahayu Hj Othman

Jelas Hanif, adalah menjadi amalan bagi masyarakat Cina, tahun baru disambut dengan meriah.

Dari segi pakaian pula, Hanif berkata sudah menjadi kemestian untuk mereka memakai pakaian yang berwarna ceria.

“Begitu juga dengan makanan yang mana limau, kuih bakul dan beberapa makanan sampingan lain dihidangkan bagi meraikan kedatangan Tahun Baru.”

Hiasan di perkarangan rumah keluarga Hanif di Kampung Peringat, Kota Bharu, Kelantan. Foto – Siti Rahayu Haji Othman

Tambah beliau lagi, sambutan kali ini agak berbeza dan lebih meriah apabila anaknya yang belajar di luar negara pulang ke tanah air untuk sama-sama meraikan tahun baru.

Foto – Siti Rahayu Haji Othman

Memandangkan tahun 2018 adalah Tahun Anjing, ramai yang mengharapkan tahun ini lebih seimbang.

“Anjing merupakan seekor haiwan yang sangat setia berkhidmat, sayang dan mendengar kata tuannya.  Begitu juga harapan kita semua dalam kehidupan kita seharian,”

“Bagi yang berkeluarga, kita mestilah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya,  setia dan jujur dalam perhubungan. Dalam konteks kita sebagai seorang pekerja, kita mestilah berkhidmat kepada majikan dengan jujur dan berdedikasi.”

Tahun Baru Cina yang diraikan masyarakat Tiong Hua ini melambangkan suatu episod perjalanan, memupuk rasa sayang antara satu sama lain dan mengalakkan nilai-nilai murni.

Selain itu, amalan tradisi kunjung mengunjungi sahabat dan jiran tetangga semasa sambutan Tahun Baru Cina bukan sahaja menerap rasa muhibah, malah mengekalkan keharmonian yang diwarisi sejak sekian lama.

Ia menjadi penanda aras kepada perpaduan masyarakat Malaysia, khususnya yang menyambutnya dengan kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai tidak kira bangsa dan agama.

Selamat Tahun Baru Cina daripada kami, Team Channel W!

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans