Copa del Rey: Real Madrid Tersingkir Di Suku Akhir – Channel W

Copa del Rey: Real Madrid Tersingkir Di Suku Akhir

Saingan Copa del Rey menyaksikan Real Madrid dimalukan apabila tersingkir setelah kelab gergasi Sepanyol itu ditunjukkan jalan keluar oleh kelab kerdil, Leganes pada suku akhir.

Real tewas 1-2 pada timbal balik kedua di laman sendiri, selepas diikat dengan keputusan agregat 2-2, tetapi Leganes mara ke peringkat seterusnya menerusi kiraan gol di tempat lawan, meskipun tumpas 0-1, minggu lalu.

Javi Eraso meletakkan Leganes di depan pada minit ke-32, sebelum Karim Benzema menyamakan kedudukan selepas 47 minit beraksi, tetapi penyerang Brazil, Gabriel Pires kemudiannya menyumbat gol kemenangan menerusi tandukan lapan minit berselang.

Kegagalan tersebut meletakkan skuad bimbingan Zinedine Zidane itu berada dalam keadaan tertekan, meskipun perlawanan Liga Juara-Juara peringkat 16 terbaik di mana mereka bakal berdepan Paris Saint-Germain hanya akan berlangsung dalam tempoh tiga minggu lagi.

Namun, Real kini ketinggalan 19 mata di belakang Barcelona bagi pemburuan gelaran La Liga.

Bertambah perit apabila para penyokong telah mengejek pasukan mereka ketika babak pertama permainan.

Walaupun tanpa kelibat Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale, yang direhatkan selepas membantu Los Blancos membelasah Deportivo La Coruna 7-1 pada hujung minggu lalu, pasukan kedua Real sepatutnya masih mampu menundukkan pencabar mereka itu yang sekadar menghuni tempat ke-13 dalam carta La Liga. – AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans