Copenhagen, Denmark Venue Baru F1 2020 – Channel W

Copenhagen, Denmark Venue Baru F1 2020

Selepas Malaysia tidak lagi menganjurkan Grand Prix Formula Satu (F1),

Pelumba F1 mungkin akan berlumba merentasi jambatan dan sekitar jalan di Copenhagen pada 2020 di bawah perancangan yang dikemukakan konsortium Denmark kepada pemilik sukan berkenaan.

Pengerusi Formula 1, Chase Carey membincangkan cadangan itu bersama datuk bandar dan menteri perniagaan negara itu ketika melakukan lawatan ke Copenhagen.

Namun belum ada sebarang keputusan muktamad dicapai.

Pengerusi Formula 1, Chase Carey. Foto – BBC

Pemilik Formula 1, Liberty Media mempunyai perancangan untuk membentuk semula sukan itu dan mensasarkan lokasi baharu sebagai pasaran utama termasuk di Amerika Syarikat dan Asia.

Konsortium antara bekas menteri, Helge Sander dan bekas Ketua Pengawai Eksekutif Saxo Bank, Lars Seier Christensen melihat perlumbaan di Copenhagen pastinya akan membuka ‘laluan’ untuk lokasi lain di Scandinavia.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans