CUEPACS tidak terima aduan diberhentikan daripada penjawat awam kontrak – Channel W

CUEPACS tidak terima aduan diberhentikan daripada penjawat awam kontrak

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memaklumkan tidak menerima sebarang aduan dan laporan berkenaan kakitangan awam berstatus kontrak yang ditamatkan perkhidmatan setakat ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda menegaskan, pihaknya tidak menerima langsung sebarang aduan, apa yang didengar adalah khabar angin mengenainya.

“CUEPACS tidak dapat memberi komen mengenainya kerana tiada aduan diterima. Tiada satupun aduan setakat ini walaupun saya difahamkan ada tular mengenai perkara tersebut tetapi individu terlibat tidak membuat laporan,” terangnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media  di ibu pejabat CUEPACS di sini hari ini.

Ia sekaligus menidakkan kenyataan yang tular di media social, bahawa ada  kakitangan awam berstatus kontrak termasuk di Jabatan Perdana Menteri telah ditamatkan perkhidmatan serta merta ekoran perubahan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans