Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tuduhan terhadap beliau dan bapanya serta parti tersebut dilihat bertujuan untuk membakar sentimen perkauman dan kebencian dalam kalangan masyarakat.

“Saya rasa semua orang pun tahu bahawa isu ICERD tidak dibangkitkan oleh pihak kami daripada DAP, siapa yang membangkitkan itu bukan kamilah.

“Itu sentimen perkauman yang cuba dibakar, kita tidak timbul langsung perkara ini dan pihak berkenaan cuba mengaitkan DAP atas tujuan politik mereka,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Pengerusi Gabungan NGO Gagasan Kuasa Tiga (G3), Raggie Jessy mendakwa isu ICERD merupakan agenda tersembunyi DAP yang dibawa oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bagi menghapuskan hak istimewa orang Melayu-Islam di negara ini.