Dari bidang penyiaran ke bidang kecantikan – Channel W

Dari bidang penyiaran ke bidang kecantikan

Minat mendalam dalam bidang fesyen dan kecantikan serta  mahu memartabatkan industri songket dan batik Terengganu, menguatkan semangat dan tekad bekas personaliti serta penyampai berita dan Wartawan Penyiaran Eksekutif TV3, Nik Surya Nik Megat Deraman menceburi bidang perniagaan batik dan songket.

Di majlis perasmian cawangan baharu Nang Suya di Plaza TTDI, Kuala Lumpur oleh Zhang Toi, pereka fesyen terkenal tanah air.

Minat itu diwarisi daripada neneknya Minah Deraman yang berdagang batik di Singapura kemudian diteruskan ibunya.
Tidak hairanlah dirinya juga meneruskan tradisi itu kerana sudah sebati dengan darah daging dan minatnya sejak kecil lagi. Kejayaannya bertapak di Kuala Terengganu dan permintaan meluas songket dan batik Terengganu yang mendapat sambutan hingga ke luar negara membuatkan dirinya melangkah setapak lagi kehadapan dengan meluaskan perniagaannya di ibu negara.

Koleksi ekslusif di Nang Surya butik

 

Kini, Nik Suriani telah membuka cawangan kedua butik Nang Surya di Taman Tun Dr Ismail sejak Mac lalu dimana sebelum itu perniagaan tersebut telah bertapak di Kuala Terengganu pada 2014.
Majlis pelancarannya telah berlangsung baru-baru ini dengan meriah dan mendapat liputan meluas media dalam negara.
Untuk cawangan kedua ini, beliau telah menerima tawaran untuk berkolaborasi denga Zang Toi bagi menghasilkan koleksi terbaru dengan jenama antarabangsa itu.
Hingga kini, songket dan batiknya masih mendapat permintaan tinggi daripada peminat luar negara.
Nang Surya juga pernah menaja pakaian Chong Sam dan Sam Foo kepada barisan penyampai Channel W sempena perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini.
Team media sosial Channel W baru-baru ini sempat singgah ke butik beliau dan dekosrasinya yang begitu indah memukau pandangan mata sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke Nang Surya House of Beauty ini.
Turut menampilkan khidmat lain iaitu solekan serta dandanan rambut, ia penambahnilai perkhidmatannya kepada pelanggan.
Jika mahu didandan ala personaliti tv, mampirlah ke sini, hasilnya amat memukau.  Begitu juga dandanan rambut yang dibarisi pendandan yang mahir membuat sanggul hingga dandanan majlis, semuanya tersedia.
Siapa yang tidak mahu disolek dan rambut dirapi indah sebelum ke majis, sesuai dengan hasilnya bayarannya amat berbaloi.
Menyediakan perkhidmatan mencuci, memotong rambut dan mengering rambut hinggalah ketatarias diri Nang Surya sedia mencantikkan para pelanggannya dan tidak hairanlah ramai pelanggan yang berkunjung semula.
Pokoknya, kemampuan Nang Surya setanding dan sedia bersaing dengan butik terkenal di negara ini.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans