Dasar Kerajaan BN Letakkan Negara Pada Asas Kukuh – Najib – Channel W

Dasar Kerajaan BN Letakkan Negara Pada Asas Kukuh – Najib

PORT DICKSON – Pelbagai dasar yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti mampu meletakkan Malaysia pada asas semakin kukuh yang membawa ke arah masa depan yang diimpikan rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata ini dibuktikan daripada kemasukan pelaburan asing yang memilih Malaysia sebagai tapak untuk mereka mengembangkan perniagaan, khususnya untuk pasaran ASEAN.

“Saya baru selesai majlis sebelum bertolak ke sini dengan Groupe PSA dari Perancis. PSA ini pemilik jenama Peugeot. Pada majlis tersebut, kita menandatangani usahasama dengan kerjasama Kumpulan Naza yang mana PSA telah memilih Gurun, Kedah sebagai tapak untuk rantau ASEAN keluarkan kereta bagi pasaran negara ASEAN.

“Saya tanya kepada naib presiden eksekutifnya, kenapa pilih Malaysia. Dia kata kerana dia yakin dengan dasar-dasar kerajaan kita,” katanya berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson di sini, hari ini.

Selain PSA, Najib berkata turut berminat menjadikan Malaysia sebagai tapak perniagaan untuk rantau ASEAN, Timur Tengah dan India adalah SK Group dari Korea Selatan.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans