Bagaimanapun, keputusan itu hanya melibatkan penutupan bazar Ramadan dan bazar Deepavali namun tidak melibatkan pasar malam mingguan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata, langkah itu terpaksa diambil berikutan terlalu banyak aduan yang timbul di kawasan berkenaan.

Ia termasuk masalah sampah-sarap dan halangan-halangan sehingga mengakibatkan kesesakan trafik.

Menurutnya sebelum ini bazar berkenaan diuruskan oleh persatuan-persatuan dan ia jadi tidak teratur.

Tambahnya walaupun DBKL melakukan penyelarasan dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia pun masih wujud masalah sama.