Jelas Ashraf, filem yang turut dibintangi Ruhainies dan Aeril Zafrel itu adalah filem seram yang digabungkan dengan nilai keagamaan.

“Insya-Allah, Musyrik akan ditayangkan pada penghujung tahun ini sama ada September atau Oktober. Lama juga saya tidak tampil di layar perak. Penggambaran filem tersebut dibuat tahun lepas dan tak sabar, malah berasa sangat teruja,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Dalam pada itu, setelah 13 tahun berkecimpung dalam dunia seni Ashraf kini lebih memberi fokus kepada dunia perniagaan namun tidak sama sekali akan berehat daripada kerjaya seni.

Katanya beliau tidak akan seaktif dahulu untuk menyertai dunia layar perak selepas ini kerana begitu terikat dengan perniagaannya.

Baginya, perniagaannya perlu diutamakan, jika ada peluang berlakon lagi dia akan melihat jadual pengambaran dengan kesesuaian jadual perniagaannya.