Debaran Pernikahan Kali Kedua Dynas – Channel W

Debaran Pernikahan Kali Kedua Dynas

Melangkah ke alam perkahwinan untuk kali kedua bagi Pelakon Dynas Mokhtar tetap menggetarkan jiwanya.

Semalam, pelakon cantik manis ini dengan sekali lafaz, sahaja  Dynas  selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 36, di kediamannya. Air matanya tetap mengalir menahan sebak apabila bergelar isteri semula.

Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 35, dinikahkan bapanya Datuk Wan Mokhtar Wan Mohd disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Khairul Anuar Mulim dan kedua belah pihak.

Dynas menerima mas kahwin RM1001, wang hantaran RM30,000 beserta set barangan kemas serba satu dan tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.

Pengantin perempuan membalas sembilan dulang termasuk rawatan lasik berjumlah RM13,000 yang dilakukan Selasa lalu.

Majlis pernikahan itu dihadiri 150 jemputan yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pengantin.

Majlis diserikan lagi dengan rakan-rakan terdekatnya yangmenjadi pembawa dulang hantaran pihak pengantin perempuan yang terdiri daripada rakan artis iaitu Yasmin Hani, Aisyah Sinclair, Daphne Iking, Atilia dan Sazzy Falak. Manakala Scha Alyahya pula sebagai pengapit.

Dynas dan Shazrik yang berkenalan empat tahun lalu dan mereka membuat keputusan untuk ke jinjang pelamin selepas melangsungkan pertunangan 26 Oktober lalu selepas mengenali hati budi masing-masing.

Selepas majlis nikah, pasangan itu mengadakan majlis resepsi yang berlangsung di lokasi sama dengan diraikan begitu meriah.

Majlis bertandang akan diadakan pada 28 April di sebuah dewan di Damansara manakala satu lagi resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei.

Menerusi perkahwinannya yang terdahulu, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun.

Dynas berharap beliau dan pasangannya akan lebih hidup gembira, bahagia hingga ke syurga.

Daripada Channel W kami mengucapkan moga berbahagia jua.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans