Dewan Rakyat mula bersidang hari ini – Channel W

Dewan Rakyat mula bersidang hari ini

Setelah Pilihan Raya Umum Ke-14 menyaksikan Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu, persidangan Penggal Pertama Parlimen ke-14 akan memulakan mesyuarat hari ini buat kali pertama.

Persidangan tersebut dimulakan pada jam 10 pagi dengan urusan pertama yang akan diselesaikan iaitu pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam mengesahkan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yunos, akan dilantik memegang jawatan penting itu.

Selepas pemasyhuran Yang Dipertua Dewan Rakyat, urusan mesyuarat akan diteruskan dengan istiadat angkat sumpah Ahli Parlimen, diketuai Dr Mahathir.

Semua 221 Ahli Dewan Rakyat dijangka mengangkat sumpah kecuali Presiden PPBM yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada pankreas baru-baru ini.

Urusan mesyuarat kemudiannya akan disusuli dengan pemilihan dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada kalangan Ahli Parlimen bagi membantu Yang Dipertua Dewan Rakyat mengendalikan urusan mesyuarat dan memastikannya berjalan lancar.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara menyaksikan peralihan kerajaan daripada BN dan detik itu akan disiarkan secara langsung oleh semua stesen TV utama negara.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 16 Ogos.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan merasmikan serentak persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara esok.

Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang ialah pada 5 April lepas, sebelum ia dibubarkan pada 7 April untuk memberi laluan kepada PRU14 diadakan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans