Direman 4 hari gara-gara curi nescafe – Channel W

Direman 4 hari gara-gara curi nescafe

Cubaan seorang lelaki mencuri tiga paket kopi campuran jenama Nescafe dengan menyembunyikan di dalam jaketnya gagal apabila dia dicekup di sebuah pasar raya di Gong Badak, Kuala Nerus, kelmarin.

Suspek berusia 30an ditahan selepas gerak-gerinya yang mencurigakan dikesan pengawal keselamatan bertugas pada jam 7.25 petang sebelum diserahkan kepada polis.

Media melaporkan sebelum ditahan, pengawal keselamatan terlibat dimaklumkan kakitangan pasar raya ternampak seorang lelaki sedang memasukkan tiga paket Nescafe itu ke dalam jaket dipakainya di ruang pakaian bayi.

“Gerak geri suspek diperhatikan sebelum mendapati dia dengan selamba keluar dari pasar raya berkenaan tanpa membuat sebarang pembayaran di kaunter.

“Sejurus ditahan, pemeriksaan di dalam jaket dipakainya menjumpai tiga paket Nescafe 500 gram dipercayai hendak dicuri,” katanya.

Sementara itu, semalam, Penolong Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim @ Isa membenarkan suspek direman selama empat hari untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans