Diskaun Tol 10 Peratus di Besraya, NPE dan Lekas Sempena Tahun Baru Cina – Channel W

Diskaun Tol 10 Peratus di Besraya, NPE dan Lekas Sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR – Pengguna Kelas 1 Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) akan menikmati diskaun tol 10 peratus esok bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pemegang konsesi, IJM Corporation Berhad menerusi Divisyen Tolnya berkata diskaun itu akan diberi bermula 12.01 tengah malam ini sehingga 12 tengah malam esok.

“Seperti sebelum ini, pemberian diskaun tol telah menjadi tanggungjawab kami bagi setiap musim perayaan untuk menghargai dan meringankan beban pengguna lebuh raya,” kata Ketua Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM Wan Salwani Wan Yusoff dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau turut menyarankan pengguna Lekas yang ingin ke selatan dan timur supaya menggunakan Besraya melalui Plaza Tol Loke Yew untuk ke Jalan Lingkaran Tengah II bagi memastikan perjalanan yang lebih selesa.

Wan Salwani berkata pihaknya juga menganjurkan kempen ‘Big Spender @ LEKAS – Travel to win Angpow’, yang menawarkan pemberian angpau secara tunai bagi pengguna setia lebuh raya itu.

Pengguna Kelas 1 lebuh raya itu hanya perlu melakukan transaksi tol sebanyak mungkin di mana-mana plaza tol Lekas sepanjang Februari ini hingga 5 Mac depan untuk peluang memenangi angpau tunai dengan jumlah keseluruhan RM1,480.

“Kami juga akan mengedarkan limau mandarin dan air mineral kepada pengguna Lekas di semua laluan keluar Plaza Tol Lekas pada 21 Feb ini,” katanya.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans