Do and Don’ts penjagaan mata agar cantik dan sihat – Channel W

Do and Don’ts penjagaan mata agar cantik dan sihat

Orang kata, dari mata turun ke hati.  Semuanya bermula daripada pandangan si mata.  Mata juga menjadi laluan utama mengenali seseorang itu.

Jika mata layu maka, orang akan membuat persepsi bahawa orang itu kurang tidur dan penat.  Sedangkan jika mata seseorang itu cantik, mata putihnya cerah dan begitu putih serta mata hitamnya bersinar maka seseorang itu dilihat bersemangat dan sekaligus sihat.

Apabila mata seseorang  itu sihat ia akan melemparkan pandangan yang cantik dalam sudut apa jua.

Maka tidak hairanlah, banyak pakar kecantikan dan produk-produk dikeluarkan khusus untuk penjagaan mata.

Namun selain memakai produk kecantikkan, ada juga beberapa perkara yang perlu dititik-beratkan bagi membantu  mata anda cantik.

Sehubungan itu, mari kita lihat apa yang boleh dan perlu dijauhkan untuk mendapatkan mata yang sihat dan cantik.

 

1. Jangan sesekali menggunakan produk pelembap wajah pada kawasan sekitar mata kerana sesetengah bahan yang digunakan boleh mengakibatkan radang atau rasa tidak selesa dek kulit yang terlalu nipis. Pilih produk yang dirumus khusus dan mempunyai tekstur ringan. 

2. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam secara berlebihan dalam makanan, menyebabkan garam yang diambil akan berkumpul di bawah mata dan berpotensi menimbulkan kesan sembap pada mata.

3. Untuk mengurangkan kesan lingkaran hitam di bawah mata, guna krim penutup cela rona pic.

4. Jangan lupa oles krim SPF kerana cahaya matahari turut menyerang bahagian bawah mata.

5. Tidur dalam kedudukan bantal sedikit tinggi agar tiada cecair berkumpul di kawasan mata yang menyebabkan sembap.

6. Dapatkan rehat yang mencukupi bagi mengurangkan kesan lingkaran hitam. Tidur kena cukup ya.

Walaupun anda berpuasa dibulan Ramadhan ini dengan teknik-teknik di atas mungkin boleh membantu anda tetap kelihatan cantik.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans