“Jumlah itu bertambah sebanyak hampir 10 kilogram kerana sebelum ini, berat saya cuma 73 kilogram.

“Demi merealisasikan karakter yang diingini pengarah, saya gandakan makanan yang mengandungi protein berserta suplemen,” akuinya.

Tambahnya, sejak mengalami perubahan drastik itu, dia berasa tidak selesa, mudah letih, malah pernafasannya tercungap-cungap seperti kekurangan oksigen.

Bagaimanapun setelah mengamalkan rutin senaman, staminanya meningkat.

Sangkar mengisahkan kegiatan ekstrem yang menggabungkan dua elemen iaitu sukan dan seni bela diri atau disebut mixed martial arts – MMA.

Remy  optimis dia akan berjaya menjayakan watak seperti yang dikehendaki Kabir.