Drama Lakonan Farid Kamil Trending di Media Sosial – Channel W

Drama Lakonan Farid Kamil Trending di Media Sosial

Kontroversi babitkan Datuk Farid Kamil Zahari, 37, meninggalkan kesan terhadap naskhah lakonannya, Lafazkan Kalimah Cintamu, apabila episod pertama drama bersiri itu, kelmarin, menjadi ‘trending’ di laman sosial Twitter.

Ternyata, isu panas yang membelenggu pengarah dan pelakon terbabit, sejak Khamis lalu, tidak memadamkan hasrat penonton untuk mengikuti drama rantaian arahan Along Kamaluddin itu.

Dengan hashtag #lafazkankalimahcintamu, drama adaptasi novel Siti Rosmizah ini sarat dengan elemen cinta itu berada di tempat pertama dalam senarai ‘trending’ di Malaysia, pada 15 Januari lalu.

Dalam drama berkenaan, Farid yang membawakan watak Tengku Ryan Amir bergandingan dengan Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah dan turut dibintangi Nadiyah Shahab, Liza Abdullah, Azri Iskandar, Adibah Noor dan Azhar Sulaiman.

Lafazkan Kalimah Cintamu berkisar mengenai seorang gadis, Tengku Aqilah, yang disisihkan bapanya sendiri kerana dikatakan menjadi punca kematian ibunya dan kemudian dihantar belajar ke luar negara.

Selepas kembali ke tanah air dan bekerja dalam syarikat keluarga usai pengajian, gadis itu terus berdepan kebencian, termasuk oleh kakaknya sendiri dan seorang lelaki bernama Tengku Ryan Amir.

Lafazkan Kalimah Cintamu mula ditayangkan pada 15 Januari lalu di sebuah saluran televisyen berbayar, jam 10 malam.

Semalam, Farid yang juga suami kepada pelakon, Datin Diana Danielle, dibebaskan dengan jaminan polis sebanyak RM12,000 di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, selepas ditahan reman selama lima hari.

Pada Khamis minggu lalu, bintang Tombiruo: Penunggu Rimba itu ditahan apabila mencetuskan kekecohan kerana menampar anggota polis dan menendang orang awam dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya.

Farid mengaku tidak bersalah diatas keempat pertuduhan terhadapnya. Manakala mahkahmah memutuskan perbicaraan selanjutnya bagi kes itu pada 5 Mac ini.

Terdahulu Farid telah direman empat hari atas empat dakwaan, termasuk menampar anggota polis dan menendang dua orang awal Khamis lalu. Bagaimanapun semalam Farid direman satu hari lagi bagi membantu siasatan.

Malah keluarga Farid juga ada menyatakan hasrat mereka sekeluarga untuk membawa abangnya menjalani pemeriksaan dan rawatan yang sepatutnya apabila dibebaskan daripada tahanan reman nanti.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans