PRU14: Dron Dilarang Semasa Penamaan Esok – Channel W

PRU14: Dron Dilarang Semasa Penamaan Esok

Orang awam tidak dibenarkan menggunakan paraglider dan dron ketika hari penamaan calon PRU14.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah menegaskan larangan itu bagi mengambil kira faktor keselamatan.

“Peralatan ini adalah di bawah kuasa Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan sekiranya mahu menggunakan dron dan paraglider perlu mendapatkan kelulusan,” tegas Datuk Seri Zulkifli lagi di majlis amanat dan perjumpaan bersama 500 petugas PRU14 yang terdiri daripada PGU, Komando 69, Pasukan Gerakan Am dan Pasukan Simpanan Persekutuan di Pangkalan Latihan PGU di Ipoh.

“Setakat ini saya tidak nampak ada sebarang masalah dan saya harap semua yang terbabit akan ikut nasihat polis,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans