Dua gergasi infrastruktur bergabung tenaga untuk rangkaian jalur lebar fiber Malaysia – Channel W

Dua gergasi infrastruktur bergabung tenaga untuk rangkaian jalur lebar fiber Malaysia

Telekom Malaysia Berhad (Telekom) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bersama-sama membangunkan pelan pelaksanaan bagi merealisasikan Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP) oleh pihak Kerajaan.

NFP adalah satu wawasan kerajaan agar seluruh negara dapat menikmati jalur lebar kelajuan tinggi dengan “kelajuan dua kali ganda, pada kos separuh harga”.

Pada awal tahun lalu, Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengumumkan bahawa projek NFP akan dijalankan dari 2017 hingga 2019 dan bakal menyambungkan 6 juta bangunan seluruh negara termasuk 2 juta bangunan di luar bandar. TNB dibayangkan akan menjadi pembekal Tier 1 untuk NFP.

NFP adalah rangkaian jalur lebar negara kedua selepas projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) . Telekom telah berjaya menyiapkan projek HSBB yang membolehkan rakyat di hampir kesemua bandar-bandar besar di Malaysia menikmati jalur lebar berkelajuan tinggi sehingga 100mbps dengan jenama unifi. Tetapi masih banyak kawasan yang tidak dapat perkhidmatan HSBB terutamanya kawasan luar bandar.

Walaupun tidak ramai yang tahu, TNB sebenarnya sudahpun mempunyai rangkaian fiber yang merangkumi seluruh negara. Bagaimanapun, rangkaian fiber TNB setakat ini hanya di gunapakai untuk kegunaan dalaman seperti pemantauan rangkaian elektrik, sistem SCADA dan sebagainya.

TNB sudah pun mengambil langkah awal untuk tidak mensia-siakan kapasiti yang ada. Pada 8 Disember 2017, TNB membeli kepentingan 100% dalam syarikat Setia Haruman Teknology Sdn Bhd (SHT). SHT memiliki lesen untuk memiliki dan menjalankan servis menggunakan fiber. Sejak 14 tahun yang lepas, rangkaian fiber SHT sudah meliputi keseluruhan kawasan Cyberjaya dan mereka menjalankan servis internet mereka sendiri, Cyberjaya Broadband, dengan kapasiti menjangkau 1Gbps.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, dan Datuk Seri Ir. Azman Mohd, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB.

Kerjasama ini sudah pasti memberi keyakinan kepada kerajaan mengenai keupayaan TNB untuk menjayakan projek NFP.

Ini adalah penting bagi TNB, terutamanya bila bulan Disember lalu, media melapurkankan bahawa Broadnet Sdn Bhd telah diberi mandat untuk membina infrastruktur bagi NFP. Keupayaan Broadnet adalah diragui industri kerana mereka tidak mempunyai sebarang rangkaian fiber yang meluas, sedangkan kos NFP dianggarkan amat tinggi sebanyak RM10 bilion. Ada sumber industri yang menganggarkan Broadnet akan menggunakan infrastruktur satelit; tidak sesuai kerana teknologi satelit mempunyai latensi yang tinggi dan keupayaan yang terhad untuk menampung permintaan masa depan dari Revolusi Digital sedunia.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans