Dua Pasangan Adik Beradik Ditahan Positif Dadah – Channel W

Dua Pasangan Adik Beradik Ditahan Positif Dadah

ALOR SETAR – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Padang Terap menahan dua pasangan adik-beradik penagih dadah di dua lokasi berbeza iaitu di Kampung Perik dan Kampung Pong Utara dekat sini malam tadi.

Ketua Pegawai AADK Daerah Padang Terap Zainal Abidin Ismail berkata kesemua individu yang berumur antara 15 hingga 39 tahun itu ditahan dalam operasi yang bermula pada 10 malam hingga 2.30 pagi tadi.

“Operasi yang disertai enam pegawai AADK itu dijalankan hasil aduan orang awam dan semasa serbuan dijalankan, anggota keluarga kedua-dua pasangan adik-beradik itu telah memberi kerjasama yang baik.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Padang Terap dan hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemuanya positif dadah jenis syabu dan opiat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan itu akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983.

-BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans