DUKE Tangguh Pusat Tahfiz – Channel W

DUKE Tangguh Pusat Tahfiz

Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Datuk Ustaz Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, menangguhkan sementara keputusan menjual Unit Tahfiz Al Quran Al Barakah di pusat berkenaan di Manjoi.

Keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima reaksi daripada pelbagai pihak termasuk daripada kerajaan negeri yang sudi untuk berbincang dan membantu pengurusan pusat pendidikan berkenaan.

Ustaz Kazim berkata, beliau menerima panggilan daripada wakil kerajaan negeri pagi ini yang memaklumkan mahu mengadakan perbincangan dengannya mengenai masalah dihadapi pusat pendidikan berkenaan.

Katanya, perbincangan akan dilakukan selepas ini dengan kerajaan negeri dan beberapa pihak yang menyatakan hasrat untuk membantu sebelum sebarang keputusan dilakukan.

“Perbincangan akan dilakukan selepas ini dengan beberapa agensi yang ingin membantu sebelum saya akan mengumumkannya pada bulan hadapan sama ada akan menjual atau meneruskan unit tahfiz ini.

“Keputusan akan dibuat pada Ogos kerana sekiranya keputusan untuk menjual unit tahfiz ini kekal, saya perlu memikirkan nasib pelajar yang terpaksa mencari pusat tahfiz baharu dan tempoh empat bulan sehingga Disember memadai untuk mereka mencari pusat tahfiz baharu,” katanya pada sidang media, Rabu.

Semalam, Ustaz Kazim mengesahkan akan menjual unit tahfiz di pusat berkenaan selepas tidak mampu membiayai kos keseluruhan unit tahfiz berkenaan berjumlah kira-kira RM150,000 sebulan.

Penjualan unit tahfiz berkenaan viral di laman sosial selepas dimuat naik ejen di laman mudah.my dengan harga jualan RM5 juta.DUK

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans