Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub memaklumkan, kerajaan kini sedang mempertimbang untuk memberikan elaun itu sama ada melalui kad pintar atau kupon.

Ia bagi memastikan penerima dapat menggunakannya secara berhemah dan betul.

“Walaupun duit dapat ke poket tapi tak nak nelayan beli benda-benda lain. Kalau RM300 sebulan pada musim tengkujuh kita bagi duit dan mahu mereka beli susu, beras dan sebagainya,” katanya kepada media.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Sallehuddin Hassan.