England melangkah gagah dan Belgium tetap hebat – Channel W

England melangkah gagah dan Belgium tetap hebat

England memulakan kempen Piala Dunia dengan langkah kanan selepas mengalahkan Tunisia 2-1 dalam aksi Kumpulan G di Arena Volgograd.

England meraih jaringan pertama mereka menerusi penyerang utamanya, Harry Kane pada minit ke-11 hasil sepakan kencang dari jarak dekat selepas tandukan John Stones terkena palang.

Asakan diteruskan menambah bilangan jaringan namun gagal memberikan sebarang hasil positif.

Tunisia kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti selepas Kyle Walker melakukan kekasaran terhadap Fakhreddine Ben Youssef dalam kotak penalti.

Sepakan penalti dengan mudah disempurnakan Ferjani Sassi untuk menyamakan kedudukan.

Ketika England hampir menerima nasib sama seperti Argentina dan Brazil, Kane menjadi wira skuad Three Lions selepas tandukannya dari jarak lima meter menerjah penjuru kanan gawang Tunisia hasil hantaran Harry Maguire.

Sementara itu, Romelu Lukaku menjaringkan dua gol bagi membuktikan bahawa Belgium masih lagi hebat dalam kempen Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Panama 3-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan G di Stadium Fisht, sebentar tadi.

Dalam perlawanan tersebut Lukaku menjaringkan gol pada minit ke-69 dan ke-75 manakala jaringan awal diraih menerusi Dries Mertens sewaktu minit ke-47.

Kemenangan itu membolehkan Belgium yang ketika ini berada di ranking ketiga dunia berada di landasan terbaik bagi menamatkan aksi peringkat kumpulan dalam kelompok dua terbaik.

Selepas ini Belgium dijadual menentang Tunisia dalam aksi kedua peringkat kumpulan pada Sabtu ini manakala Panama akan bertemu England sehari selepas itu. AGENSI

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans