Misi Rakyat #11: Tanah Gazet Terbiar di Ampang & Tanah Runtuh di Tanjung Bungah – Channel W
Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Misi Rakyat #11: Tanah Gazet Terbiar di Ampang & Tanah Runtuh di Tanjung Bungah

20 February @ 10:00 PM - 10:15 PM

Harga rumah di Malaysia dikategorikan sebagai “sangat tidak mampu milik”.

Itu dapatan yang dibentangkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ketika mengumumkan laporan ekonomi negara suku keempat 2017 baru-baru ini.

Menurut piawaian antarabangsa, rumah mampu milik ditakrifkan sebagai rumah yang harganya kurang tiga kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan.

Malangnya, harga rumah di Malaysia kini lima kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan.

Wartawan Misi Rakyat meninjau kawasan Lembah Jaya Ampang.

Tanah seluas 2 ekar yang pernah digazetkan untuk pembinaan rumah murah masih terbiar dan tidak dimanfaatkan. Apa sudah jadi dengan tanah yang sudah digazetkan di Ampang ini?

Dalam pada itu, wartawan Misi Rakyat ke Tanjung Bungah, Pulau Pinang bagi meninjau penggondolan cerun bukit yang didakwa semakin berleluasa di negeri ini.

Hasil tinjauan Misi Rakyat di Projek Pembinaan Jalan Solok, Tanjung Bungah mendapati terdapat pembangunan di lereng bukit dan juga tanah runtuh yang kerap kali berlaku sejak akhir-akhir ini.

Jangan lupa untuk mengikuti laporannya pada 20 Februari, jam 10 malam dalam Studio Malam di Channel W.

 

 

Comments

Details

Date:
20 February
Time:
10:00 PM - 10:15 PM
Event Category:
Event Tags:
, , ,
スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans