Perspektif W: Kayuhan Amal Dan Sihat (KASIH 7) Erat Silaturahim Mahasiswa dan Masyarakat – Channel W
Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Perspektif W: Kayuhan Amal Dan Sihat (KASIH 7) Erat Silaturahim Mahasiswa dan Masyarakat

19 February @ 9:00 PM - 10:00 PM

Program Kayuhan Amal Dan Sihat (KASIH 7) ini merupakan kesinambungan daripada Kayuhan Amal Dan Sihat 6 (KASIH 6). Inovasi baru yang akan dilakukan bagi program KASIH 7 ialah kayuhan berkonsep ‘fun ride’ versi MTB. Dimana laluan kayuhan terdiri daripada 70% laluan ‘off-road road’ dan juga 30% ‘on-road’ di dalam UKM.

Penganjuran program KASIH 7 pada tahun 2018 ini diadakan bertujuan bagi mengumpul dana di mana 70% akan disalurkan kepada Kampung Pulau Che Soh dan sebanyak 30% akan disumbangkan kepada Misi Sedekah Jumaat (Misi SJ).

Kampung Pulau Che Soh dipilih sebagai projek ‘Kampung Angkat 360’ oleh Kolej Burhanuddin Helmi untuk dibantu dan dipantau dari semasa ke semasa dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, Che Soh 3.0 telah dirangka bagi membaik pulih infrastruktur jeti Kampung Pulau Che Soh yang menjadi penghubung utama kepada mereka di mana jeti itu sangat usang dan tidak lagi selamat untuk digunakan pada waktu kecemasan.

Secara tidak langsung program KASIH 7 dapat membantu masyarakat yang memerlukan bantuan disamping melakukan aktiviti sukan yang sihat. Ianya dapat menerapkan semangat memberi seperti “Dari masyarakat kita mendapat faedah, kepada masyarakat kita memberi faedah” kepada mahasiswa/i yang terlibat. Saksikan dengan lanjut dalam Perspektif W, bersama pengetua Kolej Burhanuddin Helmi, Prof Madya Dr Muhammad Rahimi Yusop dan Ketua Projek,  Nur Anis Suhaila pada jam 9 hingga 10 malam ini hanya di Channel W.

 

Comments

Details

Date:
19 February
Time:
9:00 PM - 10:00 PM
Event Category:
Event Tags:
, , ,
スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans