Perspektif W: Kegagalan Komunikasi Warisan Tenggelamkan Kegemilangan Bangsa – Channel W
Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Perspektif W: Kegagalan Komunikasi Warisan Tenggelamkan Kegemilangan Bangsa

26 February @ 9:00 PM - 10:00 PM

Kegagalan orang Melayu di semua peringkat menyampaikan maklumat mengenai kehebatan sejarah dan tamadun bangsa sendiri menjadi punca generasi muda semakin tiada jati diri.

Ini disebabkan sikap orang Melayu sendiri yang tidak ambil peduli mengenai kepentingan mengangkat sejarah dan budaya bangsa.

Masyarakat umum terutamanya generasi muda tidak sedar kehebatan orang Melayu sama ada dari sudut ilmu, persenjataan mahupun ekonomi kerana tiada usaha komunikasi atau penyampaian maklumat yang serius.

Semasa kejatuhan Melaka dahulu penjajah merampas 54,431 kilogram emas bersamaan nilai RM2.6 bilion dari Istana Melaka yang menunjukkan kepandaian orang Melayu dalam bidang ekonomi tetapi malangnya berapa ramai yang tahu.

Ada orang sangka Melaka jatuh kerana rakyat menggunakan keris dan lembing padahal semasa perang Ogos 1511 itu, panglima Portugis sendiri, Alfonso de Albuquerque membuat catatan bahawa orang Melaka menggunakan penembak tepat dan meriam untuk menyerang balas.

Kehebatan kita seolah-olah hilang kerana kita gagal mengkomunikasikan warisan budaya bangsa menyebabkan generasi kini tidak tahu betapa hebat tamadun ditinggalkan nenek moyang kita, apabila mereka tidak tahu maka mereka tidak ada jati diri menyebabkan mereka mudah menerima dan memuja budaya orang lain, sebab itu kita lihat sekarang ini macam-macam berlaku di negara kita seperti LGBT dan liberalisme.

Mengikut perspektif komunikasi, hal ini diungkap sebagai kegagalan mengkomunikasikan kegemilangan silam sesebuah bangsa yang mengakibatkan wujud persepsi negatif terhadap bangsa berkenaan yang ditambah oleh momokan penjajah untuk melemahkan psikologi bangsa yang dijajah.

Bagi orang Melayu, setelah 60 tahun mrnghirup udara kemerdekaan, mereka sepatutnya lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi mengenai kegemilangan tamadun bangsa mereka suatu ketika dahulu yang pernah menjadi bangsa dominan di rantau nusantara.

Ikuti kupasan lanjut mengenai isu ini oleh Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Abdul Mua’ti Ahmad dalam Perspektif W malam ini.

Comments

Details

Date:
26 February
Time:
9:00 PM - 10:00 PM
Event Category:
スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans