Studio Malam: Jangan Terlalu Selesa – Channel W
Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Studio Malam: Jangan Terlalu Selesa

14 February @ 10:00 PM - 11:00 PM

Perdana Menteri sering memberi peringatan kepada ahli dan jentera BN agar terus bekerja keras memastikan kemenangan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, biarpun ada kajian yang meramalkan UMNO dan BN akan terus kekal memerintah.

Namun UMNO dan BN tidak boleh terlalu percaya atau bergantung kepada kajian-kajian seumpama itu, malah perlu terus melipat gandakan usaha bagi menghadapi PRU 14 yang akan menjelang tiba.

Persoalannya cara kempen, berbicara dengan pengundi dan rentak perjalanan hidup individu yang merasakan diri mereka calon YB begitu menjengkelkan.

Selesa atau tidak, cakap-cakap warung kopi dan gambar bersama pemimpin tertinggi sudah terpampang, namun tercalon atau tidak hanya masa menentukannya. Segalanya dalam Studio Malam, bersama Penganalisis Politik, Datuk Seri Zulkifli Nordin 10 malam ini.

Tiang seri berdiri senget,
Tegak menyandar puteri bunian,
Dengar guruh berdentum di langit,
Air tempayan dibuang jangan.

Comments

Details

Date:
14 February
Time:
10:00 PM - 11:00 PM
Event Category:
Event Tags:
, ,
スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans