Studio Malam: Kembalikan Kepada Yang Hak – Channel W
Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Studio Malam: Kembalikan Kepada Yang Hak

15 February @ 10:00 PM - 11:00 PM

Tanggal 29 Januari 2018 adalah tarikh yang cukup signifikan buat Indira Gandhi yang sekian lama berjuang mencari keadilan untuk diri dan anak-anaknya.

Keadilan sebagai isteri, ibu dan bahkan seorang rakyat minoriti dalam negara ini. Keputusan Mahkamah Persekutuan meleraikan kekusutan dalam isu bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah terhadap apa-apa yang berkaitan dengan agama Islam kini menjadi perbualan.

Sejak awal lagi, mereka bukan Islam dan ketiga-tiga anak mereka beragama Hindu. Titik kekalutan bermula apabila suaminya memeluk Islam dan menukarkan agama kesemua anaknya ke dalam agama Islam tanpa keizinan Indira.

Bersama tetamu, Pensyarah Kuliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM, Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz di Studio Malam, 10 malam ini.

Comments

Details

Date:
15 February
Time:
10:00 PM - 11:00 PM
Event Category:
スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans