Evolusi Channel W kini lebih segar, berinformasi dan ‘relax’ berhibur – Channel W

Evolusi Channel W kini lebih segar, berinformasi dan ‘relax’ berhibur

Saluran perniagaan yang satu-satunya di Malaysia kini menyajikan berita serta isu-isu semasa dalam dan luar negara, Channel W hari ini dilancarkan buat kali pertama di ibu negara.
Channel W ini disiarkan menerusi saluran 634 di TV Unifi tanpa bayaran tambahan, rakyat kini mempunyai pilihan selain saluran media arus perdana yang ada seperti RTM, Awani dan TV3.
 
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Channel W, Noor Azman Yusof antara skop program yang disediakan adalah topik perbincangan, sosial, politik, hiburan, kerja-kerja kebajikan NGO termasuk dunia perniagaan, kewangan, pasaran bursa saham Malaysia yang disiarkan bermula jam 5 petang sehingga 11 malam.
“Di masa terdekat siaran langsung itu akan diawalkan seawal 8 pagi untuk tontonan umum. Kalau dulu kita hanya menyiarkan perniagaan, kewangan di Malaysia, tapi kali ini kita pergi secara lebih menyeluruh,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran di Bangsar, Isnin.
Terdahulu, Pengerusi Online Dynamics Datuk Kapten Ahmad Sufian sendiri telah merasmikian gimik pelancaran Channel W itu tadi.
Sebelum ini juga Channel W dikenali sebagai Capital TV selepas enam tahun bertapak sebagai stesen televisyen pertama perniagaan di Malaysia.
Kini syarikat ini juga telah mendapat lesen penyiaran sebagai stesen tv daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia-Akta 1998.
Mengukuhkan lagi kedudukan Channel W dalam dunia penyiaran, kolabrasi bersama MYTV Broadcasting Sdn Bhd turut diadakan sebagai platform baharu.
 
Namun menurut Azman lagi pihaknya masih lagi sedang berbincang mengenai perkara itu dan akan diputuskan tentang isu-isu penting sebelum hujung bulan ini.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans